PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Tuah telah ditubuhkan dan didaftar mengikut Jadual ketiga Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) 1998 pada 28 Disember 1999. Nombor pendaftaran : 74/99 (R).
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti-aktiviti di sekolah. Pihak sekolah juga sangat memerlukan sumbangan sama ada dari segi kewangan, tenaga dan sokongan daripada ahli PIBG terutamanya semasa mengadakan gotong-royong dan persediaan majlis-majlis yang dianjurkan di sekolah. Dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti berikut, maka pihak sekolah berharap dapat mengeratkan silaturahim di antara guru-guru dan ibu bapa murid-murid.
Antara aktiviti yang dijalankan:
Sukaneka / Sukan Tahunan PIBG / Senamrobik / Mesyuarat PIBG / Majlis Keramaian seperti Majlis Malam PraGawai / Ngiling Bidai / Jamuan Ramah Tamah / Majlis Hari Guru Gotong-royong / Pentas Ria PIBG / Hari Permuafakatan / Kem Motivasi / Program Learn English Family Program Meningkatkan Disiplin Murid / Kempen Anti Denggi / Ceramah Anti Jenayah / Hari Kecemerlangan Pelajar.
Bekas YDP PIBG yang pernah berjasa kepada pihak sekolah:
No comments:
Post a Comment